Monday, 27 April 2015

Gelombang Biru@Gunung Nuang via Janda Baik Pahang, 15th March 2015

Krik krik krik....kali ni Dee nk ceritakn kisah gelombang biru@gunung Nuang ye...apa yg biru nya? Hehe..LanunRimba(LR) berpakaian serba biru laut berpakat utk melawat puncak Gunung Nuang yg tletak di Selangor melalui trek Janda Baik. Utk ke puncak Gunung Nuang ini ada dua jln iaitu sama ada dr trek Janda Baik, Pahang atau dr Pangsun yg tletak di Hulu Langat, Selangor. Wah! Dari dua negeri yg berbeza tetapi bertemu di satu puncak..Teringat Dee kat cerita " two for the road" Harus tonton ye..Gunung Nuang ni mempunyai ketinggian 1493 meter dari paras laut.
Untuk ke tempat letak kereta Janda Baik ni xde lah susah sgt...kami ambik ke exit RNR Genting Sempah. Ikut je papan tanda yg tertulis Janda Baik tu. Dari situ jln kpg je sehinggalah sampai ke tempat letak kereta. Tempat letak kereta agak terhad juga dan bayaran nya pulak Rm7 utk sebuah kereta ye.
Ni lah tempat letak kereta kat Janda Baik tu
 Emang tu dah kenape ye...
Trip kami ke Gunung Nuang kali ini agak istimewa ya..waktu pergi kami didatangi oleh Abg Aliodin yg lucu orgnya. Beliau dtg dgn puteri comelnya utk menikmati sarapan pagi di Rnr Genting Sempah bersama sama kami. Ada yg mkn bihun goreng, roti dan nasi lemak. Mcm Dee biasanya nk yg berat2 je..mestilah nasi lemak. Ops! Nk yg berat2 je kate nya..jgnlah jodoh ku nnti pun yg berat2 juga..hahaha..kami juga dihidangkan dgn kek lapis sarawak yg Abg Ali bawakn..Baiti pulak spt biasa, setia bersama ' banana smoothies' nya....


Selesai sarapan pagi kami pun menuju ke tempat letak kereta Janda Baik. Sebelum mendaki kami mulakan dgn senaman ringan utk manja2 otot dan juga bacaan doa utk permudahkan perjlanan kami.
Ini lah sungai pertama yg kami lalui ye..tapi sungai ni mcm dah berubah dan ada batu2 pulak menimbusi nya. Mungkin kesan daripada banjir teruk sekitar penghujung December yg lepas. Masa kami ke sini sekitar November yg lalu, kami bole lagi mandi2 di sungai ni selepas abis mendaki.
Gelombang biru LR mulakan perjalanan. Mama LR gah dihadapan tu..
 Ni lah sungai yg terdapat di pintu masuk nk ke kawasan kebun



Kami memulakan pendakian seawal jam 8.17 pagi. Pendakian yg agak santai melalui kawasan kebun sayur sayuran janda2 baik..eh! Mesti hasil kebun nya pun baik2...hehe..pancutan air siraman sayuran jelas kelihatan di sana sini..kami pun turun disirami oleh pancutan air dr mesin penyiram tu. Cuba utk mgelak tapi tdk bjaya. Emang, Dee,Nani, Baiti dan  Intan jln dihadapan diikuti oleh Liza, Yana, Wan dan Poji. Masa ni juga Yana jadikan trip Gunung Nuang ini utk training bawa beban sbg persedian utk ke trip Korga.


 Senyuman sebelum kami pewaii...



 Nampak tak kegigihan Yana memikul beban tu..hehe




Trek permulaan 30 - 40 darjah ni bukannya trek kgemaran Dee ye...trek mcm ni bagi Dee agak memenatkan.  Mhampiri penghujung trek kebun ni, kelihatan beberapa buah umah org asli di kiri dan kanan dan juga klihatan beberapa ekor anjing disekitarnya. Hahaha...nampak anjing je tumpuan kami pasti pada si kecik Nani..Nani ni pantang nampak anjing ye...ke hadapan ke belakang dia melompat ketakutan bila nampak anjing.
tadaaa...ni lah anjing yg Nani takutkan tu....
Sebelum memasuki kwsan hutan, kami berehat seketika. Masa ni Yana dah nampak kepenatan bersama - sama beban yg dia pikul tu. Salah satu beban didlm beg nya adalah beras 5kg. Permulaan trek memasuki kwsan hutan ada sedikit mencanak sehingga kami sampai dikwsan yg agak rata. Di kiri kanan ialah pokok - pokok buluh. Dee, Emang, Baiti, Intan dan Liza sampai di kswan air terjun sekitar jam 9.20 pagi. Kami berehat seketika sementara menunggu kemunculan Nani, Yana, Wan dan Poji. Dan rupa2 nya inisiatif Yana membawa beban tdi tewas sebaik sahaja memasuki kwsan hutan. Kini beban nya dipikul oleh Poji dan inilah sikap kerjasama yg sentiasa ada pada setiap ahli LR.
 Dee sempat tdok disebelah lembaga hitam ni..hehe


Di air terjun ni juga kami mgambil keputusan utk meninggalkan semua bekalan mkanan kami di air terjun tu sahaja utk mempercepatkan pendakian kami.
 Wan kangkang tu kecikkan sikit ye...hehe
Emang pun nyenyak je tdok



Tepat jam 10.15 pagi kami meneruskan pendakian ke puncak gunung Nuang. Permulaan pdakian Dee dihadapan sekali bersama sama Liza dan diikuti yg lain. Wan dan Poji adalah sweeper kami kali ini. Meneruskn pendakian yg agak mcanak, pergerakan kami agak perlahan. Yana yg dibelakang tu Dee tgok kerap kali bhenti sehingga lah sampai satu tahap di mana Dee rasa kan yg Yana tak sepatutnya terlalu kerap bhenti. Bayangkan setiap 10 tapak melangkah dia bhenti 2 - 3 minit...Alahai...bila nk sampai puncak sahabatku. Sweeper Wan dan Poji pulak dok layankn je dia yg asyik bhenti tu..

Emmmm...melihat pkembangan Yana yg agak perlahan tu dan dah mcm sgt malas melangkah tu, Dee meminta Liza yg mengetuai barisan depan dan Dee pulak berada di hadapan Yana..hehe..ada berani nk selalu bhenti lama - lama ye...kayu di tgn Dee dah bsedia utk memukul kaki tu kalo asyik nk bhenti ye...dah mcm kakak tiri cinderella ye...huhuhu...boleh pulak dia ckp nk bpatah balik masa tu..mmg x bagi lah ye Yana...hehe..teruskn pdakian dulu dan selepas sampai puncak nnti baru lah Yana buat kputusan ye...nampak sgt dah Yana memberontak bila dikerah utk teruskn pdakian. Tapi Dee xde pilihan lain selain mmg kena tegas masa tu sbb Dee nk dia sampai puncak juga dan ada gambar bersama - sama yg lain dan saat itu sgt manis ye..Bukan nya Dee x memahami kepenatan kamu masa tu tapi impian nk tgok kamu sampai puncak tu yg lebih membahagiakan. Hahaha...teringat Yana ckp Dee kejam..Wan dan Poji xde pun kejam mcm Dee kate nya....hihihi..sbb tu lah Dee "take over" posisi belakang ye...wan dan Poji lembut sgt ngan Yana kat belakang tu...

 Baiti dah kenape tu?

 Jauh lagi ke ni..huhuhu
 Mencanak dan terus mencanak


Trek dr air terjun ke puncak gunung Nuang ni kebanyakkan nya mmg mencanak je. Ada juga sedikit menurun. Intan, Nani dan Baiti pulak asyik tnya jauh lagi ke tak? Hahaha..layan kn je lah ye...Mama Lanun (Liza) kelihatan tenang dihadapan tdk spt kali pertama kami melalui trek ni beberapa bulan yg lepas. Intan juga kelihatan gagah mengekori Liza. Emmmm...kalo tdi Dee yg dibelakang Yana dgn kayu tpi kali ini Emang pulak dgn ranting di tgn nya. Ranting tu kerap kali singgah di betis Yana yg mmg tak mbenarkan dia bhenti...hihihi...kesian Yana...dan yg kelakar juga tiba2 Yana duduk di atas seketul batu sambil memberitahu yg dia tak nk dah teruskn pendakian ttpi nk tggu kat situ je...adudu Yana..kita dah nk sampai ye...Dee dan Wan masa tu mmg xbole dah nk menahan dr tergelak juga melihat telatah Yana. Memang betul lah, " Lain gunung Lain cerita nya" Ke puncak gng Nuang saya x pewai tpi ke puncak Pine Tree saya pewai walau tanpa beban ye...
Kedengaran di walkies talkies masa tu yg Liza dan Intan dan sampai di puncak gunung Nuang. Utk menyakinkan Yana yg puncak hampir dia tawan, Dee minta Poji berlari kehadapan utk memaklumkan jarak sebenar lagi utk ke puncak. Rupa - rupanya 5 minit lagi dah nk sampai puncak. Sebelum sampai puncak tu kena panjat batu besar. Di situ disediakan tali utk keselamatan para pendaki. Tepat jam 12.50 petang kami sampai di puncak Gunung Nuang. Pujian dan kata2 semangat sewajarnya diberikan kpd Yana pada waktu itu. Duduk berehat seketika sambil mengalas perut dgn roti kami sempat juga mengusik Yana..hehe...
Ni lah aksi2 nakal kami di puncak Gunung Nuang....
Aksi Lanun Rimba Piau Piau
Yeahhh!!! Kami berjaya...Yana smile pleaseee...


Tepat jam 2.15 petang kami mulai menuruni puncak Gunung Nuang. Cuaca semakin gelap seolah olah hujan akn turun. .huhuhu..dalam hati payahnya menuruni trek seandai nya hujan turun. Trek pastu licin dan sgt mudah tgelincir. Semasa turun, Liza dan Poji laju dihadapan diikuti yg lain manakala Dee dan Wan sweep di belakang. Dihadapan Dee, kelihatan Yana dan Emang. Setapak - setapak Yana melangkah masa tu. Hujan pulak mulai turun dgn lebat yg mana myukarkn lgi perjalanan menurun kami. Sampai je Wan, Dee, Emang dan Yana di air terjun tu, teh o panas dan maggie segera sudah terhidang. Liza dan Poji yg sampai awal telah menyediakn nya. 
                                                             

 Poji siap pakai payung tu...memasak didalam hujan


Trip kali ini, Lanun Rimba melanggar tatatertib menu. Selama ini maggie dilarang ttpi kali ini bermcm-mcm jenis maggie kami masak. Emang pulak spt biasa bila mkn maggie mesti teringat telur ayam nya...bebrapa petronas pagi tu dia singgah nk beli telur ttpi xde stock. .hahaha...kesian Emang...
Sesi mencelupkn badan kat air terjun sebelum melangkah keluar dr hutan. 


Target kami ialah nak sampai di tempat letak kereta dlm keadaan masih cerah. Dari air terjun ke tempat letak kereta kira2 dalam sejam perjlanan. Kami sampai di tempat letak kereta tu sekitar jam 6 petang. Yeahhhh!!!...semuanya selamat pergi dan selamat kembali. Terpancar sinar kegembiraan disetiap wajah kami.
Tahniah LanunRian semua
Selepas masing2 selesai mandi, kami pun meninggalkan tempat letak kereta Janda baik iaitu sekitar jam 7 mlm...destinasi kami seterusnya ialah sudah pasti kedai makan. Kalau masa pergi pagi tadi, kami di htr oleh Abg Ali dan puteri comelnya, dan kali ini perjlanan balik kami dijemput oleh Syamil dan Ijat. Kelihatan Syamil dan Ijat sudah menunggu ketibaan kami di kedai mkn yg dimaksudkan. Macam2 cerita lucu, pahit dan manis sepanjang pendakian kami kongsikan bersama semasa mkn mlm kami. Dan tak terasa masa berlalu begitu pantas...jam sudah menghampiri pukul 9 mlm dan kami harus bersurai dan pulang ke rumah masing2. Saat bersalaman dan mulai memasuki kenderaan masing2 adalah antara detik2 sayu setiap kali selesai setiap event.
Sekali lagi terima kasih yg tak terhingga buat sahabat hiking kami Abg Ali, Syamil dan Ijat kerana hadir menghantar dan menjemput kami...terasa seperti kami begitu berharga...hehe...
Utk Yana, maafkan kami terutamanya Dee kerana tegas sgt dgn Yana di sepanjang trek. Jangan serik ye..."setiap orang ada pewai nya, setiap gunung ada cerita nya"

#SAHABATHIKINGSELAMANYA

JUMPA LAGI....