
Assalammualaikum.. Salam Sejahtera... Haiiii ceriakan hidupmu... Lieza nak share sikit kenangan manis bersama pacat Gunung Bunga Buah hahahha... LR bersepakat untuk mendaki GBB yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki). Menurut kata2 kwn2 lain GBB adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Harus diingat pada yg bukan pencinta pacat, GBB ni amat terkenal dgn pacat2nya yg sangat mesra alam. Saya sendiri dapat kutip 4 ekor kat kasut, nasib baik kat kasut.. kalau kat kaki saya dah lari pecut 100m... (tapi bukan saya yg kutip, dee dan kwn2 lain yg tolong kutip kan.. sebab saya ni penggeli dgn pacat).
![]() |
Masing-masing mengemas mcm nak camping |
![]() |
warm up |
![]() |
Parking depan sport centre |
![]() |
Syamil ~ penjaga group |
![]() |
Hati2 langkah longkang ni, kaki pendek x lepas okey... |
![]() |
poyo~ |
![]() |
happy yana |
![]() |
#emangsentap yg suka selfie |
Apa yg saya tahu untuk ke GBB anda boleh pilih samada nak naik lalu tepi sport centre atau kebun org.. kami memilih utk lalu di tepi sport centre, kita akan mendaki sedikit selepas longkang besar spt dlm gambar tu utk ke jln tar lama. Selepas sejam perjalanan kita akan jumpa tapak kuari lama, kat sini boleh la kalo nak rest kejap sebab xde pacat hahahahaha...Lepas tu kita akan masuk trek hutan sket tapi still jln tar lama yg dah rosak... agak teruja dan nak tahu jugak kenapa jln tar ni di tutup...so sepanjang jln saya jln laju2 konon2 x nak pacat hinggap tapi hinggap juga. Ade dia kisah~
![]() |
di sini boleh nampak view sikit |
![]() |
semak kt sini boleh tahan tinggi2 |
![]() |
Last waterpoint |
![]() |
abang sado kami |
![]() |
Rock Garden |
bersama wan , ayahanda dan bonda
![]() |
gadis mu |
Tahniah buat semua yg berjaya tiba di puncak Gunung Bunga Buah. Sangat bertuah kerana disajikan dengan pemandangan yg cantik, bunga2 yg menarik dan pacat yg baik2. Kalau bernasib baik boleh la nampak Genting Highland dari GBB ni. Apa2 pun terima kasih pada semua.
Tapi yang tak boleh lupa, adalah Lieza dan Wan punyalah laju masa balik sampai tersalah trek.. Sepatutnya turun di sport centre semula tapi kami turun di kebun org ... adudududu salah jln sudah.. Wan la ni... hahah sorry Wan.. tapi papepun Lieza dan Wan dapat la rasa trek kebun tu.. walaupun kena menapak jauh sikit... Thanks to Yana & Emang sudi jemput kami kat kedai mamak.... malas nak jln ke parking punya pasal....hahahah .. ok semua .. adios...
" I am lucky to have a friend like you"
Wow! Tahniah Lieza...
ReplyDelete