Wednesday 1 April 2015

Pine Tree Hill & Twin Peak 28th March 2015, Fraser Hill Pahang

Minggu ini Lanun Rimba (LR) membawa diri ke Pine Tree Hill dan Twin Peak (PTTP) yang terletak di Bukit Fraser. Trip santai yang disertai oleh 10 org iaitu Syamil, Wan Mj, Ijat Dark, Art, Lieza, Diknah, Emang, Ksham, Idris dan saya sendiri (Dee). Trip yang dibuat khas untuk sahabat hiking kami a.k.a Chef Lanun iaitu Wan Mj dan kebetulan pulak Ijat, Emang, Diknah, Idris dan Ksham pun belum pernah lagi menjejakkan kaki ke PTTP. Jumlah yang pergi nampak je sikit tapi keriuhan dan kemesraan kami membuatkan trip ini sgt seronok. Usik mengusik sepanjang trek mencetuskan gelak ketawa. Yang bermaknanya juga trip PTTP kali ini adalah PTTP merupakan tempat perkenalan antara Lieza, Dee, Art dan Syamil juga beberapa org anggota LR yg lain iaitu 5 April 2014 dan sehingga kini kami adalah Sahabat Hiking. Rupanya baru nk setahun kenal tapi macam dah bertahun tahun lamanya kenal..mungkin sebab kami terlalu akrab dan sentiasa melengkapi kekurangan masing masing...sebenarnya Dee tak reti nak buat blog tapi kenapa tiba2 macam banyak pulak nak tulis ni....huhuhu..



Belakang dan Hadapan kami sama sahaja sebab kami #sahabathikingselamanya


Kalo nak tau, PTTP ni terletak di Bukit Fraser, Pahang dimana Pine Tree Hill mempunyai ketinggian kira kira 1448 meter dan Twin Peak pulak mempunyai ketinggian kira kira 1505 meter dengan jarak perjalanan dari Pine Peak ke Twin Peak adalah lebih kurang sejam perjalanan. Pintu masuk ke Pine Tree Trail adalah berdekatan dengan Rumah rehat TM...wah! Panjang juga trailnya...
Perancangan awal kami ialah bertolak ke Bukit Fraser seawal jam 3.00 pagi, sabtu (28/3/15) tetapi dibatalkan memandangkan ada yg malas nak bangun awal pagi terutamanya Dee . Hihihi...lagi pun jalan dari Kuala Kubu ke Bukit Fraser agak merbahaya kerana bentuk muka buminya yang agak byk selekoh tajam. Oleh itu kerana tidak mahu mengambil risiko mengantuk semasa memandu makanya kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Bukit Fraser pada hari Jumaat iaitu selepas balik keje. Dee seperti biasa awal awal lagi dah booking seat belakang...nak tidur lah tu...hehe.


Mengimbas kembali pertemuan pertama kami setahun yang lalu iaitu di Pine Tree Hill juga (5.4.2014)


Dengan menggunakan dua buah pesawat, masing masing bergerak dari Usj dan Shah Alam tepat jam 9.00 malam. Kami berkumpul di RnR Rawang sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu ke rumah Syamil yg terletak di Bukit Sentosa, Rawang. Sepanjang perjalanan menjemput Syamil kami dihantui perasaan lapar...masing masing tak sempat makan malam. Dee, Wan dan Diknah sempat menghabiskan satu tray bun lebah di petronas RnR Rawang sementara menunggu Lieza dan Emang. Nampak sangat laparnya terutama si Wan Mj...hahahaha..dan macam macam perangai lapar Wan masa tu sampaikan contractor yg tengah buat jalan raya pun dia marah marah dari tingkap kereta kerana kata nya gara gara kerja pembinaan tu lah jalan raya agak sesak. Sebenarnya Dee masa tu pun sangat lapar juga, cacing kat dalam perut dah mula menari nari minta suap...hehe..

Kami tiba di rumah Syamil lebih kurang jam 11.00 mlm. Sejurus selepas menjemput Syamil kami dengan tak sabarnya menuju ke kedai makan di sekitar rumah Syamil. Dalam fikiran macam macam ku nak makan dek terlalu lapar. Kedatangan kami di restorant tu disambut mesra oleh Kak Jah..hehe..Kak Jah tu Syamil yg kenal..sebaik sahaja makanan dihidangkan, terbeliak mata tengok..omaiiii...banyaknya nasi...boleh makan untuk dua org ni kata hati....dan bermulanya episod membungkus nasi nasi tu sebab banyak sangat.. 3 bungkusan nasi kami berjaya satu kan dan niatnya boleh lah di makan untuk sarapan pagi nanti..Eh! lupa pulak nak ambik gambar kenangan bersama Kak Jah.

Tepat jam 12.00 tengah malam, dalam keadaan yang sangat kenyang, tak kala mata juga mula berat dan juga waktu yang paling sesuai untuk lelapkan mata, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Sepanjang perjalanan kami berhubung menggunakan walkies talkies bagi mengelakkan mengantuk. Dee yg duduk dibelakang tidak berjaya menidurkan diri disebabkan kawalan ketat co-pilot a.k.a Syamil...adudu..ngantuknya tuh disini...hehe

Jam menunjukan pukul 1.17 pagi setibanya kami di perkarangan menara jam Bukit Fraser. Keadaan masa tu agak sejuk dan langit juga mendung seolah - olah malam tu hujan akan turun. Sempat juga kami berenam mengambil sekeping dua gambar masa tu di bawah sinaran lampu jalan yg agak malap sebagai kenang kenangan sebelum berangkat ke Taman Awam untuk melelapkan mata sementara menunggu sinaran matahari. Tidur kami sangat sempoi..tidur dalam kereta je depan Restoran Taman Awam tu. Kami bersyukur sebab hujan yg tiba tiba turun awal pagi tu hanya manja manja je..kalo tak, kesejukkan yg teramatlah kami dibuatnya..



Pantang Nampak Kamera




Mama Lanun Rimba kesayangan Kami

Memandangkan itineri pendakian kami yg sepatutnya memulakan pendakian seawal jam 7.00 pagi, makanya kami pun bangun seawal jam 5.40 pagi juga. Selepas selesai membersihkan diri pagi tu di tandas awam yg agak berdekatan, kami sempat mengisi perut dengan bun lebah lagi, nasi goreng yg kami bungkus mlm tadi dan juga teh o panas. Menu English kami pagi tu ialah pisang yg dibawa oleh Syamil. Sayangnya nasi yg kami bungkus mlm tadi kami makan sikit je sebab dah ada bau bau yg menjurus kepada nak basi...emmm..bukan rezeki kami..perancangan untuk memulakan pendakian seawal jam 7.00 pagi kini tinggal angan angan je apabila kelibat Ijat, Idris, Ksham dan Art tak muncul muncul. Dan kami juga dimaklumkan oleh Art yg beliau akan mengekori pendakian kami kemudian...dlm hati, it' s okay..Art laju dan boleh mgejar kami nnti.


Ijat, Idris dan Ksham tiba di Taman Awam lebih kurang jam 7.10 pagi. Sebaik sahaja mereka selesai membeli makanan di salah satu gerai makanan yg buka awal pagi tu, kami pun berangkat ke pintu masuk Pine Tree Trail .


Seperti biasa sebelum memulakan pendakian kami melakukan senaman ringan yg ringkas je dan juga bacaan doa bagi memudahkan pendakian kami. Biasanya sesi senaman kami diketuai oleh Lanun Amin tapi kali ni diketuai oleh isteri beliau iaitu Lieza memandangkan beliau tidak dpt bersama kami. Masa tgh senaman pun sempat juga Emang dan Diknah curi curi mengambil gambar gelagat gelagat kami bersenam pagi tu.




Tepat jam 8.00 pagi, kami mula melangkah masuk ke pintu Pine Tree Trail..masa tu teringat dialog cerita Puteri Gunung Ledang " setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda", " adinda bersumpah, jika kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, memijak pada tanah yg sama, bernafas pd udara yg sama" cewah....mcm nk pergi berperang je kan...


Posisi depan pendakian kami diketuai oleh Syamil. Nampak je kecil tapi punyai semangat yg besar ye. Lieza, Dee dan Wan mengemudi posisi belakang sekali...hihihi..posisi kegemaran ku ye.



Antara tangga - tangga yang  bakal didaki semasa balik nanti.


Semuanya senyum - senyum sokmo semasa pergi




Permulaan trek yg agak santai pada awalnya membuatkn kami melangkah dgn sukacita nya. Trek yg kami lalui sangat jelas dan trek menurun yg dilengkapi dgn tangga tangga kayu dan juga batu. Terdapat beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Salah satu nya ialah pondok yg mempunyai maklumat mengenai trek Pine Tree Hill. Pondok - pondok yg lain sudah usang dan juga ada yg dah roboh. Trek ini juga dilengkapi dgn tali pemegang untuk memudahkan pendaki pendaki dan juga papan tanda yg menunjukkan jarak trek dari tempat permulaan trek. Melangkah je menuruni tangga tangga kayu dan tangga batu itu, ketika itu juga semangatku jadi lemah bila memikirkan masa balik nanti yg tangga tangga yg ku sedang turuni dgn gelak ketawa ini mungkin juga akan mengalirkan airmata kesakitan. Namun semangat harus diteruskan. Kalau boleh cita cita kami nk keluar dr hutan dlm keadaan masih cerah. Pengalaman pendakian pertama ke Pine Tree Hill seharusnya tak nak diulangi lagi dimana masa tu kami sampai di pintu masuk Pine Tree Trail lewat jam 9.45mlm.






Setelah sejam lebih perjalanan kami, menurun mendaki dan terus mendaki, kaki kanan ku mula menunjukkan ciri2 kekejangan dan mungkin juga disebabkan cuaca yg agak sejuk juga. Secara teknikal nya, trek tak adalah susah sgt. Pendakian Dee agak perlahan dan kerap menguap. Mungkin juga disebabkan tidur yg tak lena sgt mlm tdi. Dee mula menyemburkan spray kekejangan otot ke seluruh kaki untuk melegakan sedikit kesakitan. Kelibat Syamil, Ksham, Idris, Ijat Diknah dan Emang semakin jauh dari pandangan. Dee, Lieza dan Wan perlahan lahan meneruskan pendakian sehinggalah kami juga dipintas oleh Art yg umpama ferary laju nya. Kasihan Lieza dan Wan masa tu kerana kena melayan pewai Dee dan masa tu juga Dee mula mencari helah utk tidak meneruskan pendakian tetapi memilih utk berpatah balik. Walkies talkies dari org depan terus berkumandang menanyakan khabar org belakang. Aduhaiiii...yg dibelakang ni rasa nak merangkak je betapa pewaii nya ye. Itulah salah satu kelemahan Dee di trek bila ngantuk menyerang, mmg pewaii terus.. semua yg di trek dia langgar je bila pewai mengantuk . Pengajarannya pastikan Dee cukup tidur ye kawan kawan. Terima kasih kpd Wan dan Lieza yg menemani ku masa pewai dan juga tolong pikulkan beg Dee. Terima kasih buat kata kata semangat kalian. " kami nak gambar Dee ada bersama sama kami dipuncak nanti ye" itulah antara kata kata semangat dari Wan untuk Dee teruskan pendakian.




Pendakian diteruskan sehinggalah kami semua berkumpul semula ditempat yg di namakan Gua Akar. Iyanya dinamakan Gua Akar mungkin sbb iyanya terbentuk daripada akar akar kayu kot..tpi Gua Akar dah menjadi tempat wajib para pendaki utk ambik gambar. Sesampai nya di Gua akar tu, Dee apalagi terus peluk pokok lelapkan mata sekejap. Seperti biasa, sesi bergambar ramai ramai berlangsung. Hilang seketika ngantukku bila nampak camera..hehe. .beberapa keping gambar kenangan di Gua akar diambil bersama kumpulan Lanun Rimba dan juga bersama beberapa kumpulan pendaki yg lain yg baru dikenali di trek. Itulah indahnya dunia pendakian ni, setiap kali mendaki setiap kali itu juga kita akn mendapat kenalan baru. Dapat kenalan baru di trek tpi bila lah nk dapat jodoh di trek...hehehe...ops!


Kasihan Emang ditinggalkan sendirian kat Gua Akar ni




Selesai sesi mengambil gambar di Gua akar, pendakian diteruskan lagi ke kawasan punca air yg terakhir (LWP). Trek seperti biasa iaitu trek turun naik juga. Di LWP ni juga ada kawasan lapang yg boleh digunakan sbg tapak perkhemahan. Keluasannya Dee tak pasti sebab tak sempat pun nak menjenguk tapi ada je yg berkhemah kat situ.  LWP nya juga kena turun ke bawah ye tetapi air nya tidak digalakkan untuk diminum di atas sebab faktor faktor keselamatan. Sekali lagi sesi mengabdikan kenangan melalui gambar dilakukan. Pewai macam mane pun Dee tetap aktif bila bab bergambar ye..hehe..



Melepasi kawasan LWP ini, kami meneruskan pendakian yg mencanak seakan akan tidak akn berakhir bagi ku sehingga lah Art dan Syamil turun semula utk memberi sokongan. Dalam hati ku berkata betapa bertuahnya ku punya sahabat macam kamu semua. Cuaca yg sejuk terus mendodoi mata ku dan menambahkan lagi kemalasan kaki ku utk melangkah. Namun saat memikirkan #sahabathiking ku sanggup turun semula, saat itu ada sedikit semangat untuk tidak menghampakan mereka walaupun masa tu mendaki dalam mata terpejam je. Sekali sekala terdengar juga sapaan si Syamil yg dibelakang ku bertanyakan ok ke tidak dan terus memberikan harapan yg tak jauh lagi akan sampai. Itu semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan bagi ku sehinggalah kami tiba di kawasan yg agak mencanak dan terpaksa mendaki menggunakan tali yg disediakan utk memudahkan pendakian dan juga utk keselamatan. Saat sampai kawasan tali tu hati mula gembira sedikit sebab ku tahu selepas tali ini adalah puncak Pine. Kami sampai di puncak Pine tepat jam 11.00 pagi dan sampai seawal itu adalah sesuatu yg sungguh tak ku sangka memandangkan tahap pendakian ku sgt perlahan. Sampai je di puncak Pine, tanpa menghiraukan yg lain sempat juga ku lelapkan mata dgn tsadai begitu sahaja. 













Setelah berbincang seketika kami mengambil keputusan untuk meneruskan perdakian ke Twin Peak terus dan akan makan tengah hari disana. Sesungguhnya saat itu cuaca di Pine Peak agak sejuk. Kami bergerak ke Twin Peak pada jam 11.17 pagi. Perjalanan kami ke Twin Peak agak laju dan bersemangat disebabkan perut pun dah mula menyanyi nyanyi minta diisi. Masa tu Dee jalan didepan bersama sama Art dan Diknah.


Sebahagian daripada halangan yg kena dilalui semasa menuju ke Twin Peak



Akhirnya, kami semua tiba di Twin Peak lebih kurang jam 11.40 pagi setelah hampir 4 jam mendaki. Kedatangan kami disambut oleh suasana langit yg agak berkabus dan tidak menampakkan apa apa permandangan pada waktu itu, akan tetapi itu hanya sementara.  Awan seakan akan memahami kerinduan kami dan mula berarak perlahan lahan sehinggalah menampakkan permandangan yg sangat cantik dan indah.  Pada awalnya ketibaan kami di Twin Peak masih lagi lengang dan kami pun menggunakan kesempatan yg ada untuk mengambil gambar- gambar. Bermacam-macam aksi kami buat ye..Ada yg melompat, ada yg serius, ada yg nakal dan ada juga yg gedik...kah kah kah..




















Okay..Kali ini makanan tengah hari kami agak ringkas ye. Wah! ringkas kata nya..Nescafe Hazelnut, Nasi himpit, rendang ayam dan juga beberapa makanan lain yg sempat dibungkus pagi tu.  Hehe seperti biasa Lanun Rimba memang sgt sinonim dengan tradisi kenduri mereka di puncak-puncak gunung.  Kami juga turut menjemput pendaki pendaki yg lain untuk menjamu selera sekali.  Itulah keistimewaan Lanun Rimba ni.  Sentiasa mesra walau dimana.






Dan sekali lagi kami mengambil gambar bersama banner Lanun Rimba pulak ye. Awal-awal tadi lupa..hahaha..Sungguh terharu nya bila kami dikerumuni pendaki-pendaki yg lain yg mana kami pun tak kenal lagi tetapi turut mengeluarkan kamera dan telephone pintar masing-masing untuk turut sama merakamkan aksi-aksi kami.  Wow!...terasa macam artis "Running Man" pulak masa tu ye...hehehe























Jam di tangan menunjukkan pukul 1.00 petang dan kami mula mengatur langkah menuruni Twin Peak dan tiba di Pine Peak sekitar 1.40 petang. Lanun Rimba tidak boleh dipisahkan dengan aksi-aksi kamera, jadi nya sekali lagi kami sempat mengambil gambar di sekitar Pine Peak pulak dan juga dibawah pohon pine yg agak kekeringan.  Tepat jam 2.00 petang, kami pun mula mengorak langkah menuruni Pine Peak dengan harapan kami sampai di pintu masuk Pine Tree Trail dalam keadaan masih cerah.  















Di awal penurunan tu agak perlahan di bahagian yg menggunakan tali dan terpaksa menunggu giliran.  Selepas selesai bahagian tali tu, langkah kami agak laju sambil menyanyi nyanyi. Tersenyum sendirian ku mengingatkan bagaimana pewainya ku pagi dan hampir-hampir tersadai di trek sahaja. Perjalanan kami keluar hutan agak lancar  sehingga kami tahu yg Ijat mengalami kekejangan bahagian kaki.  Dari airmata nya ku tahu betapa sakitnya tuh disitu saat itu. Telinga nya aje dah nampak kemerahan masa tu tetapi apakah daya, airmata kelelakiannya harus dijaga...hahahaha..lagi - lagi Dee yg memang suka gelakkan org...Aduhai...seksanya tengok Ijat naik tangga masa tu, ingin je rasa nak pikul dia....wah! mcm lah kuat sangat..kih kih kih..


Akhirnya kami sampai di pintu masuk Pine Tree Trail sekitar jam 4.30 petang. Perasaan bersyukur yg teramatlah sangat sebab boleh keluar hutan dalam keadaan yg masih cerah....yahhoooo...Yang penting bukan bagaimana cara kami memulakan pendakian ini tetapi bagaimana cara nya kami mengakhirinya. Dan kami telah akhirinya dengan penuh kemanisan.  Terima kasih #SahabatHiking ku...





The End



15 comments:

  1. Terbaik lah!! tolong repeat utk intan ok!!

    ReplyDelete
  2. Keep it up lanun💪. Boleh add nuffnang tmbh dana sikit.hehe

    ReplyDelete
  3. 4.30 dah turun. laju jgk. ada kwn 6.30 baru sampai

    ReplyDelete
  4. 4.30 dah turun. laju jgk. ada kwn 6.30 baru sampai

    ReplyDelete
  5. TEBING TINGGI BACKPACKER(fb)
    Khidmat Guider Gunung (TG9624)
    Menguruskan :
    -permit pendakian
    -laporan polis
    -nature guider berlesen
    -kit perubatan(asas)
    -walkie talkie

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/cal

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. nice info.. korang naik apply permit tak?.. kalo tak nak try naik la sabtu nii..

    ReplyDelete
  8. Aku pegi bulan 3 haritu.MasyaAllah perit n azabnya masa balik.kejang 1 badan...

    ReplyDelete